Muka bengkak kerana pewarna rambut
SYDENHAM, England - Wajah seorang pelajar wanita di sebuah sekolah di sini, Abigail Colbourne kini seperti 'makhluk asing' kerana bengkak disebabkan alah kepada sejenis pewarna rambut.
Abigail yang berumur 15 tahun mewarnakan rambut perangnya supaya kelihatan hitam tetapi dia tidak melakukan ujian alahan terlebih dahulu.
"Mata saya seperti digam dan kepala saya bengkak. Ia merupakan sesuatu yang amat dahsyat," katanya seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.
Doktor berjaya mengurangkan bengkak yang dialami oleh Abigail dengan memberikannya ubat tetapi ibunya, Joanna Leech berkata: "Orang ramai sepatutnya mengetahui kesan penggunaan bahan pewarna." - Agensi
memang la kesian,...tapi biaq jadi teladan pada yang lain,,,sebenarnya kimia yang terdapat dalam pewarna tu adalah racun...semoga umat islam lebih bersyukur dan tidak meniru orang lain,..dalam agama pun dah larang warnakan rambut...
ReplyDeleteya betul..ambo sokong kak siti ajar kita..
ReplyDelete