WAK PUNYA GENG

Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53


Masuk Islam selepas hadir majlis Gaddafi



GAMBAR menunjukkan seorang wanita yang didakwa telah memeluk Islam semasa menghadiri majlis anjuran Muammar Gaddafi di Rom kelmarin.


ROM - Tiga wanita muda Itali memeluk Islam semasa menghadiri satu majlis anjuran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (gambar kecil) yang diadakan di kediaman rasmi duta negaranya di sini kelmarin.

Pada majlis itu, sekumpulan wanita muda mendengar penerangan mengenai Islam yang disampaikan oleh pemimpin itu dan mereka kemudian diberi senaskhah al-Quran.

Ratusan wanita menyertai majlis itu walaupun terdapat dakwaan mereka dibayar untuk menghadirinya.

"Ia merupakan satu pertemuan yang sungguh indah dan berjalan lancar. Beliau (Gaddafi) seorang yang mudah berbincang dan memberi kami senaskhah al-Quran sebelum mereka bertiga memeluk Islam," kata seorang tetamu yang hanya mahu dikenali sebagai Michela.

Antara 200 hingga 500 wanita muda menghadiri majlis itu dan mereka tiba dengan 10 buah bas sebelum pesawat yang membawa Gaddafi mendarat di Lapangan Terbang Ciampino di sini untuk beliau memulakan lawatan selama dua hari di Itali.

Program lawatan itu diadakan bagi memperingati ulang tahun kedua perjanjian persahabatan antara Libya dengan Itali.

Pemerintah Itali sebelum ini bersetuju untuk membayar pampasan AS$5 bilion (RM15.7 bilion) kerana menakluk Libya selama 30 tahun sehingga 1943.

Gaddafi pernah melakukan kunjungan rasmi ke Itali pada November lalu semasa menghadiri sidang kemuncak program makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menganjurkan majlis sama yang dihadiri 200 wanita muda. - AP


Monday, August 23, 2010

Pasar raya pandu lalu pertama di Britain

Kalau ada kat Malayasia senang kita...tambah2 dkt nak raya ni.......





RUANG pandu lalu pasar raya Tesco di Baldock, Hertfordshire, Britain yang akan dibuka hari ini.


BALDOCK - Rangkaian pasar raya keempat terbesar di dunia, Tesco akan membuka pasar raya pandu lalu pertama di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Projek perintis itu akan dilancarkan secara rasmi di bandar ini, daerah Hertfordshire, England pada hari ini.

Perkhidmatan itu disasarkan kepada pelanggan yang tidak mahu berasak-asak semasa membeli belah pada hujung minggu.

Dengan caj rata serendah £2 (RM9.75), pelanggan akan membuat pesanan, membayar untuk barang dapur dan menetapkan waktu untuk mengambil barangan tersebut secara dalam talian.

Mereka kemudian perlu memandu ke kemudahan pandu lalu itu yang beroperasi tujuh hari seminggu selain menunjukkan senarai pesanan kepada petugas pasar raya Tesco yang akan memunggah barangan mereka ke dalam kereta. - Agensi


Wednesday, August 18, 2010

Terselamat walau tukul melekat di kepala


SEBATANG penukul melekat di dahi Yuan Dongjiang baru-baru ini.


NANNING, China - Seorang tukang rumah terselamat daripada maut walaupun sebatang penukul melekat di dahinya selepas dia terjatuh dari ketinggian tiga meter di tempat kerjanya.

Bahagian belakang penukul dilihat mengenai dahi di bahagian atas mata kiri Yuan Dongjiang ketika dia sibuk menanggalkan bumbung sebuah gudang di Nanning, wilayah Guangxi China, baru-baru ini.

Pekerja berusia 40 tahun itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan sedar dan dapat berfikir apabila tiba di sebuah hospital.

Pemeriksaan X-ray menunjukkan penukul tersebut menembusi dahi.

Dia bernasib baik kerana matanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Doktor kemudian berjaya mengeluarkan penukul itu dan Dongjiang kini semakin sembuh di hospital. - Agensi


Wednesday, August 11, 2010

Kacang pis tumbuh dalam paru-paru



RON SVEDEN


BREWSTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas guru yang sesak nafas selama beberapa bulan, Ron Sveden terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk.

"Saya sering batuk," kata pesara berusia 75 tahun itu

Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk.

Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.

Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.

Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu.

Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu.

Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

"Saya ketawa bersendirian dan memakannya (kacang pis)," kata Sveden. - Agensi


Sunday, August 8, 2010

Empat kapal selam baru Iran



EMPAT buah kapal selam buatan Iran di Pelabuhan Bandar Abbas di Teluk Parsi semalam.


TEHERAN - Tentera Laut Iran telah memperoleh empat kapal selam baru buatan tempatan sebagai usaha untuk meningkatkan keupayaan pertahanan.

Agensi berita IRNA melaporkan kapal selam tersebut boleh melancarkan peluru berpandu dan torpedo serentak selain mampu beroperasi di Teluk Parsi yang cetek.

Iran berusaha untuk mengukuhkan pertahanan udara dan laut.

Menurut pentadbiran negara itu, Iran kemungkinan diserang melalui udara dan juga laut pada masa depan.

Iran juga mempunyai tiga kapal selam buatan Rusia. - AP


Thursday, August 5, 2010

Motosikal polis memecut seperti Porsche



GAMBAR menunjukkan seorang polis di Chichester menggunakan motosikal roda tiga yang boleh memecut dalam tempoh 4.5 saat.


CHICHESTER - Polis Britain kini menguji sebuah motosikal berkuasa tinggi beroda tiga yang boleh memecut 96 kilometer sejam dalam masa 4.5 saat menyamai kereta Porsche 911 Carrera, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak dua buah model motosikal itu, Can-Am Spyder Roadster yang berupaya dipandu pada kelajuan mencecah 201 kilometer sejam kini digunakan polis trafik di Sussex. Motosikal itu dipinjam daripada pengeluarnya untuk tempoh percubaan selama sebulan.

Pengurus firma Collison Recreational Ltd., Adrian Yeomans berkata, motosikal berharga £20,939 (RM104.842) sebuah itu lebih selamat berbanding model biasa dan ia boleh ditunggang dengan cuma memiliki lesen memandu kereta.

Firma dari Kanada itu mengambil idea asas daripada rangka mesin pemotong rumput untuk mencipta motosikal tersebut. - Agensi