WAK PUNYA GENG

Friday, July 31, 2009

Perompak jadikan seluar dalam topeng


CHELMSFORD - Seorang perompak yang menjadikan sepasang seluar dalam berwarna putih sebagai topeng kepala kini menjadi buruan pihak polis di daerah Essex, lapor sebuah akhbar semalam.

Suspek dipercayai lelaki berkulit putih dan berusia 20-an juga memakai seluar trek Adidas serta dikesan melakukan rompakan dengan menggunakan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea, Essex.

Seorang detektif, Sarjan Kevin Cooper berkata, perompak itu memakai seluar dalam bagi menutup wajahnya daripada disiarkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dia menyamun seorang juruwang kaunter.

"Insiden ini amat menjijikkan kerana suspek mengancam untuk mencederakan mangsa dengan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea pukul 10.50 malam pada Rabu lalu," katanya.

Juruwang itu tidak dicederakan tetapi masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Perompak berkenaan turut melarikan wang ratusan pound daripada mesin tunai di stesen itu. - Agensi


Thursday, July 30, 2009

Lelaki buat seks dengan kuda

COLUMBIA - Seorang lelaki dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor kuda buat kali kedua di kandang yang sama, kata pihak berkuasa kelmarin.

Aktiviti lelaki itu, Rodell Vereen, 50, (gambar) terbongkar selepas pemilik haiwan tersebut, Barbara Kenley memasang kamera litar tertutup (CCTV) setelah mendapati kudanya itu berkelakuan aneh beberapa minggu lalu.

Kenley yang merupakan seorang wanita itu terkejut apabila melihat Vereen melakukan hubungan seks dengan kudanya menerusi CCTV.

Dia bertindak menahan suspek dengan menggunakan senapang patah ketika Verren sedang berasmara bersama kudanya yang berusia 21 tahun.

Pada tahun lalu, Vereen ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan kuda yang sama dan dihukum berada dalam pemerhatian polis.

Vereen kini ditahan di dalam penjara dan akan menunggu nasibnya pada minggu depan. - AP

Ikan paus selamatkan penyelam


HARBIN - Seorang penyelam wanita, Yang Yun diselamatkan oleh seekor ikan paus Beluga di China apabila haiwan itu menolak tubuhnya ke permukaan laut, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika kejadian kedua-dua kaki Yun kejang kerana kesejukan menyebabkan dia menganggap akan meninggal dunia dalam laut.

Yun merupakan peserta dalam satu pertandingan menyelam yang diadakan di sebuah kolam sedalam 6.09 meter di Taman Tema Polar Land, Harbin yang turut didiami ikan paus Beluga.

"Saya mula berasa untuk lemas dan sudah tiba masanya untuk saya mati. Namun, saya berasa terdapat gerakan yang menolak tubuh saya ke permukaan," kata Yun.

Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang duduk di bahagian galeri pemandangan kolam itu.

Menurut penganjur, ikan paus Beluga itu yang bernama Mila mengesan masalah yang dihadapi Yun sebelum sempat diketahui oleh pihak penganjuran pertandingan tersebut.

"Kami melihat seorang wanita ditolak ke permukaan dengan kakinya berada dalam mulut Mila," kata seorang pegawai penganjur. - Agensi

40 tahun hidup tanpa elektrik

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya, kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram dekat sini telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu.

Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu.

Mudah cerita, mereka mendakwa aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati.

"Kami cemburu melihat kampung-kampung bahkan kawasan felda yang kedudukannya jauh di pedalaman telah lama menikmati kemudahan asas tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam

Saturday, July 25, 2009

Kulit Davis bertukar menjadi putih

(sekarang)


(Dahulu)


LONDON - Ketika berumur lima tahun, Luke Davis berharap kulitnya yang berwarna hitam akan menjadi putih namun impiannya itu akhirnya tercapai, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika usianya kini mencecah 44 tahun, lelaki berkenaan tidak ubah seperti lelaki kulit putih yang lain.

"Saya kini berkulit putih. Apabila anda terserempak dengan saya di khalayak awam, anda tidak akan terfikir yang lain kecuali saya ialah lelaki berkulit putih dalam usia pertengahan," katanya.

Menurutnya, perubahan tersebut memberikan kelebihan kepada dirinya selepas dia tidak lagi menjadi sasaran perkauman yang masih berlaku di Britain.

Ketika remaja, Davis menjalani satu ujian perubatan dan disahkan menghidap penyakit vitiligo atau sopak.

Penyakit tersebut menyebabkan warna kulitnya bertukar menjadi putih.

Beberapa doktor menyatakan penyakit itu masih tidak dapat diubati. - Agensi


Thursday, July 23, 2009

BERBOGEL MINTA HUJAN

PATNA – Petani-petani di negeri Bihar, timur India meminta anak gadis mereka membajak sambil berbogel bagi memalukan dewa-dewa hujan supaya menurunkan hujan ke kawasan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa saksi berkata, gadis-gadis itu bekerja dalam keadaan bogel sambil membaca mantera bagi membangkitkan perasaan malu dewa-dewa.

“Mereka (penduduk kampung) percaya dewa-dewa akan berasa malu apabila melihat gadis yang berbogel dan akan menurunkan hujan bagi memastikan tanaman di kawasan itu menjadi,” kata seorang pegawai tempatan, Upendra Kumar. – Reuters


Bidaan dara Duenos lebih RM11 juta


VALENCIA - Bidaan dara seorang wanita yang berumur 28 tahun iaitu Evelyn Duenos dari Ecuador mencecah lebih £2 juta (RM11.72 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Duenos menjual dara itu dengan tujuan untuk mencari wang bagi membiayai rawatan perubatan ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer.

Gadis itu yang kini menetap di Valencia, Sepanyol akan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membiayai pengajiannya dalam bidang perubatan.

Duenos akan menyiarkan dokumen perubatan bagi membuktikan dia masih dara.

Wanita itu berkata, pendapatannya sebagai seorang pembersih rumah di sini tidak dapat membantunya untuk menyimpan wang bagi membiayai rawatan ibunya.

Duenos memberitahu, dia membaca iklan beberapa gadis lain yang menawarkan dara menyebabkan dia mahu melakukan perbuatan sama.

"Ia bukannya keputusan yang mudah untuk dibuat kerana tidak terlintas dalam pemikiran bahawa saya akan bersama dengan orang yang tidak dikenali pada malam pertama saya," katanya.

Bagaimanapun, dia menolak satu bidaan yang mencecah lebih £2 juta kerana pembida tersebut mahu melakukan hubungan seks dengan kerap sedangkan daranya itu ditawarkan untuk satu malam sahaja. - Agensi


2 tukul tersekat dalam dubur

ORLEA - Seorang lelaki iaitu Viorel Firoiu yang mengalami masalah sakit perut bertindak memasukkan dua kepala tukul ke dalam duburnya bagi mengelak dia berulang alik ke tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki yang berusia 48 tahun itu kemudian bergegas ke sebuah hospital dan mengadu mengalami masalah sembelit namun doktor-doktor yang merawatnya terkejut apabila mendapati dua kepala tukul berada dalam duburnya.

Jurucakap hospital itu, Dr. Cristina Bontescu berkata: "Lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk menjelaskan bahawa dia makan buah ceri menyebabkan dia menghidap sakit perut.

"Dia meminum minuman keras untuk mengurangkan kesakitan. Dia kemudian mendapat idea meletakkan kepala tukul di dalam dubur dengan harapan dapat menyelesaikan masalah itu.

"Namun, kepala tukul itu tersekat menyebabkan dia mendapat idea untuk memasukkan kepala tukul yang kedua bagi menarik keluar tukul pertama tetapi kedua-duanya tersekat di dalam duburnya."

Satu pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan kedua-dua tukul itu. - Agensi