WAK PUNYA GENG

Thursday, July 30, 2009

Ikan paus selamatkan penyelam


HARBIN - Seorang penyelam wanita, Yang Yun diselamatkan oleh seekor ikan paus Beluga di China apabila haiwan itu menolak tubuhnya ke permukaan laut, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika kejadian kedua-dua kaki Yun kejang kerana kesejukan menyebabkan dia menganggap akan meninggal dunia dalam laut.

Yun merupakan peserta dalam satu pertandingan menyelam yang diadakan di sebuah kolam sedalam 6.09 meter di Taman Tema Polar Land, Harbin yang turut didiami ikan paus Beluga.

"Saya mula berasa untuk lemas dan sudah tiba masanya untuk saya mati. Namun, saya berasa terdapat gerakan yang menolak tubuh saya ke permukaan," kata Yun.

Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang duduk di bahagian galeri pemandangan kolam itu.

Menurut penganjur, ikan paus Beluga itu yang bernama Mila mengesan masalah yang dihadapi Yun sebelum sempat diketahui oleh pihak penganjuran pertandingan tersebut.

"Kami melihat seorang wanita ditolak ke permukaan dengan kakinya berada dalam mulut Mila," kata seorang pegawai penganjur. - Agensi

No comments:

Post a Comment