Ikut syariat Islam lelaki boleh tengok muka dan tangan sebelum meminang seseorang perempuan untuk dijadikan isteri.
Isteri duta berjanggutDUBAI: Seorang duta Arab mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya selepas mendapati wanita yang baru dinikahinya berjanggut dan juling.
Duta berkenaan mendakwa, ibu wanita itu menipu ibunya apabila dia melawat bakal isterinya, warga Teluk, dengan menunjukkan gambar adik pengantin perempuan.Lelaki Arab itu yang berjawatan menteri penuh, memberitahu sebuah mahkamah Syariah di Dubai, keluarga pengantin perempuan menunjukkan ibunya gambar adik pengantin perempuan, bukan wanita yang bakal dikahwininya.
Sumber yang rapat dengan kes itu memberitahu akhbar Gulf News, duta itu hanya menemui bakal isterinya beberapa kali.
Dia tidak menyedari wanita itu berjanggut kerana dia sentiasa berpurdah ketika mereka bertemu.
"Setiap kali mereka bertemu, pengantin perempuan akan berusaha sedaya upaya untuk tidak mendedahkan keseluruhan mukanya.
"Selepas duta itu dan wanita berkenaan, ahli fizik, dinikahkan, pengantin lelaki cuba mencium pengantin perempuan. Ketika itu baru dia sedar wanita itu berjanggut dan juling," kata sumber itu.
Duta itu kemudian mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinan dan mengemukakan tuntutan cerai dengan mendakwa dia ditipu mentuanya.
Lelaki itu juga menuntut bayaran ganti rugi kerana tekanan emosi dan moral.
Dalam samannya, dia turut meminta keluarga pengantin perempuan membayar semula 500,000 dirham (RM467,000) yang didawanya dibelanjakan untuk barang kemas, pakaian serta hadiah lain.
Sementara itu, pengantin perempuan, dalam perbicaraan kes itu, mendesak hakim menolak tuntutan pengantin lelaki dan menuntut dia membayar nafkah.
Menurut laporan, duta itu meminta mahkamah Syariah merujuk wanita berkenaan kepada pakar bagi menjalani pemeriksaan masalah hormon.
Bagaimanapun, selepas menjalani pemeriksaan, wanita itu didapati tidak menghadapi masalah berkenaan.
Hakim akhirnya meluluskan perceraian mereka tetapi menolak tuntutan lelaki itu supaya pengantin perempuan mengembalikan hantaran perkahwinan. - Agensi
No comments:
Post a Comment