WAK PUNYA GENG

Friday, July 31, 2009

Perompak jadikan seluar dalam topeng


CHELMSFORD - Seorang perompak yang menjadikan sepasang seluar dalam berwarna putih sebagai topeng kepala kini menjadi buruan pihak polis di daerah Essex, lapor sebuah akhbar semalam.

Suspek dipercayai lelaki berkulit putih dan berusia 20-an juga memakai seluar trek Adidas serta dikesan melakukan rompakan dengan menggunakan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea, Essex.

Seorang detektif, Sarjan Kevin Cooper berkata, perompak itu memakai seluar dalam bagi menutup wajahnya daripada disiarkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dia menyamun seorang juruwang kaunter.

"Insiden ini amat menjijikkan kerana suspek mengancam untuk mencederakan mangsa dengan pisau di sebuah stesen minyak di Clacton-on-Sea pukul 10.50 malam pada Rabu lalu," katanya.

Juruwang itu tidak dicederakan tetapi masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Perompak berkenaan turut melarikan wang ratusan pound daripada mesin tunai di stesen itu. - Agensi


1 comment:

  1. jijik sangat menjijikan merompak sambil menyempenderkan muka hu!

    ReplyDelete