WAK PUNYA GENG

Tuesday, October 20, 2009

Ros biru dijual bulan depan


TOKYO - Syarikat Suntory Ltd. di Jepun semalam mengumumkan bunga ros biru yang pertama di dunia hasil modifikasi genetik akan dijual pada bulan depan.

Menurut syarikat itu, kajian mengenai bunga ros biru itu dilakukan sejak 20 tahun lalu, Ros biru pertama dihasilkan pada 2004 dengan kerjasama firma bioteknologi Australia, Florigene Pty Ltd.

Ros biru yang dinamakan Applause itu merupakan gabungan gen warna biru yang terdapat pada bunga lain tetapi dimasukkan ke dalam bunga ros.

Selepas memperoleh kelulusan dan hak jualan daripada kerajaan Jepun, sekuntum ros biru itu akan dijual pada harga mencecah 3,000 yen (RM111), jauh lebih mahal berbanding ros merah. - Agensi

1 comment:

  1. Saya akan cari benih pokok ros ni dan tanam..kut-kut naik subur boleh jadi jutawan.

    ReplyDelete