WAK PUNYA GENG

Wednesday, September 16, 2009

Lembu amuk di kedai runcit


PUYALLUP - Pelanggan-pelanggan di sebuah kedai dekat Seattle, Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan diri apabila seekor lembu ternakan dari satu pesta mengamuk di dalam premis itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian itu berlaku dekat tapak Puyallup Fair apabila haiwan berkenaan terlepas semasa majlis perasmian perarakan di pesta tersebut.

Lembu itu kemudian memasuki sebuah stesen minyak dan kedai berdekatan.

Dua koboi yang menunggang kuda menggunakan kemahiran yang dimiliki mereka untuk menghalau lembu itu keluar dari kedai tersebut.

Jurucakap polis Washington, Dave McDonald berkata, ternakan itu mungkin masuk melalui pintu hadapan kedai itu

Sementara itu, jurucakap pesta tersebut, Karen LaFlamme berkata, kejadian haiwan melarikan diri merupakan fenomena biasa yang kerap berlaku pada setiap tahun. - Agensi

2 comments:

  1. Lauk raya tu Wak..moh tangkap..Slmt hari raye wak..maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. relevan,
    selamat hari raya...ya molek jgk tu...

    ReplyDelete