WAK PUNYA GENG

Friday, September 11, 2009

Tipu daya kamera

GAMBAR menunjukkan seorang wanita seolah-olah menyangga sebuah jejambat di Quebec, Kanada

GAMBAR menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain dengan belon udara.

SEORANG wanita seperti berdiri di atas tangan rakannya.

LONDON - Sebuah akhbar Britain menyiarkan beberapa gambar yang dirakamkan dengan menggunakan perspektif berlainan sekali gus membuktikan bahawa kamera boleh menyebabkan manusia terpedaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Perbezaan jarak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan imej yang menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain dengan belon udara yang terapung di atas rumahnya.

Teknik serupa turut diaplikasikan untuk menghasilkan gambar seorang wanita berdiri di atas tangan rakannya di padang garam di Bolivia.

Gambar ketiga pula yang dirakamkan di Quebec, Canada menunjukkan seorang wanita seolah-olah menyangga sebuah jejambat daripada runtuh. - Agensi

4 comments:

  1. Jadi tak ada yg pelik dah dengan trick kamera ni wehh..

    ReplyDelete
  2. Macam2 cara depa boleh tipu kita..

    ReplyDelete
  3. mcm2 la dorg nih...dh xbest lau dorg wat pape kn???

    ReplyDelete
  4. sedaplagu page ni..ewah ewah!..kenapa tetiba kakikugoyang ni...hheehhehhe salam perkenalan

    ReplyDelete