WAK PUNYA GENG

Friday, November 6, 2009

SANTAPAN 'RAJA'


Singa makan daging depan mata

SEEKOR singa melompat ke atas sebuah kenderaan pelancong yang diletak daging di Zoo Weribbe, Australia baru-baru ini.

VICTORIA - Beberapa pelancong teruja seekor singa memakan daging mentah di atas bonet sebuah jip yang dinaiki mereka di Zoo Werribee di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Aksi singa itu merupakan daya tarikan terbaru di zoo tersebut yang dibuka sejak 2006.

Satu pasangan pelancong, Robyn dan Davin Price yang berumur 34 tahun membawa tiga anak mereka melawat zoo itu pada Jumaat lalu.

Robyn berkata: "Ia merupakan sesuatu yang mengagumkan. Pada mulanya kami berasa takut."

Menurut Davin, anak-anaknya cuba untuk menyentuh singa itu.

"Ia merupakan satu idea yang bijak. Anda tidak pernah berada dekat dengan haiwan yang menakjubkan ini," katanya. - Agensi

2 comments:

  1. cuba fikir kalau daging di atas jep tu habis....nak tambah lagi ke tak????

    ReplyDelete
  2. Singa tu tak tau daging manusia lagi sedap dari daging yg dia makan tu..

    ReplyDelete