WAK PUNYA GENG

Friday, March 26, 2010

Lelaki China miliki buah dada besar



GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan Feng yang memiliki buah dada besar walaupun dia ialah lelaki.


BEIJING - Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.

Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.

"Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian membesar," katanya.

Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali bahagian buah dadanya. - Agensi

2 comments:

  1. macam2la berita dunia sekarang ni wak. agak2nya sampai satu tahap nanti benda yang pelik dah jadi biasaje...contohnya kes buang bayi merata2 macam kat msia...

    Memalukan ISLAM, negara, bangsa dan keturunan betul!

    ReplyDelete
  2. ya betul tu yeop.....akhir zaman ni pelaku2 maksiat tak rasa berdosa dah...malah anggap perkara maksiat tersebut 'biasa je..'

    ReplyDelete