Nenek 129 tahun manusia tertua
TBILISI - Seorang wanita di Georgia mendakwa dia berusia kira-kira 129 tahun sekali gus menjadikannya manusia tertua di dunia yang masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa dokumen pengenalan diri yang ditemui sebuah stesen televisyen tempatan menyatakan wanita itu, Antisa Khvichava (gambar) lahir pada 8 Julai, 1880.
Dia kini tinggal di kampung Sachino, pedalaman Banjaran Caucasus, kira-kira 272 kilometer dari sini bersama seorang anak lelakinya, beberapa cucu dan sejumlah cicit.
"Nenek saya berusia 130 tahun," kata seorang cucu perempuannya, Shorena Khvichava.
Seorang pegawai Agensi Pendaftaran Awam Georgia, Gia Vashadze berkata, dia berharap dapat membuktikan usia Khvichava dalam bukuGuinness Book of World Records.
Ketika ini, gelaran rasmi kategori berkenaan dipegang seorang warga Jepun yang berusia 114 tahun. - Agensi
hebat..tapi kalau hidup lama-lama pun susah..sebab badan bukan semakin muda.
ReplyDeletei mean, tulang rapuh lagi, bukan boleh pergi window shopping ke hapa..jalan pun slow..tp syukurla kalau dapat hidup lama-lama
betul tu..kata orang bila terlalu tua dia 'kembali' ke zaman kanak-kanak, serba serbi orang kena tolong.
ReplyDelete