WAK PUNYA GENG

Friday, December 18, 2009

BANDAR HILANG DAN LENYAP

Bandar dan kampung yang hilang ni tidak pelik kerana telah banyak diceritakan dalam alQuran/hadis. Bilamana sesuatu kaum menolak dakwah Rasul/Nabi mereka, maka datanglah 'bala dan kemusnahan' bagi penduduk bandar/kampung tersebut.

Dakwa temui lokasi Atlantis


GAMBAR yang disiarkan di sebuah akhbar Perancis menunjukkan satu corak
seperti bandar lama ditemui di dasar Laut Caribbean.


PARIS - Sekumpulan ahli 'arkeologi' Perancis merupakan kumpulan terbaru yang mendakwa berjaya menemui lokasi bandar purba Atlantis, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis itu yang enggan mendedahkan identiti diri mereka telah menyiarkan satu siri gambar di sebuah akhbar yang dipercayai sebagai kota Atlantis di dasar Laut Caribbean dengan tidak mendedahkan lokasi sebenarnya.

Mereka menegaskan imej itu menunjukkan tinggalan sebuah bandar selain mendakwa terdapat satu struktur dipercayai piramid.

Kumpulan tersebut kini mahu mengumpulkan dana bagi meneroka lokasi rahsia itu.

Atlantis merupakan sebuah pulau yang kaya dan pernah disebut oleh ahli falsafah Yunani, Plato tetapi ia tenggelam di dasar laut. - Agensi

1 comment:

  1. Salam Wak. Di dalam al-Quran juga disebut perkara ini seperti kaum Aad dan Samut dan Allah sememangnya menyuruh kita menyaksikan peninggalan ini sebagai salah satu daripada bukti kekuasa-Nya.

    ReplyDelete