Jangan sangka lembu tak boleh memanjat, siap naik atas bumbung rumah lagi...
Lembu berada di atas bumbung rumah
BLAGDON, England - Seekor lembu melompat di atas bumbung sebuah rumah di sini sekali gus menyelesaikan kes beberapa bumbung rumah rosak yang disangka sebelum ini dilakukan oleh perompak, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang remaja berumur 17 tahun, William de Cothi menyatakan dia melihat lembu itu berada di atas bumbung sebuah rumah menerusi tingkapnya.
"Pada mulanya, ia merupakan satu ilusi. Namun, selepas saya melihatnya dengan teliti, lembu yang berada di atas bumbung itu memang satu realiti," katanya.
Remaja itu menyatakan dia pernah mendengar bahawa lembu boleh melompat.
Cothi turut memberitahu keluarganya supaya melihat lembu itu.
Dia turut merakamkan gambar tersebut.
Sebelum ini, pemilik rumah itu telah menghubungi polis selepas menganggap kemungkinan perompak cuba pecah masuk kerana bumbung rumahnya rosak.
Namun, seorang pegawai polis, Ray Bradley berkata: "Pada awalnya, ia direkodkan sebagai satu rompakan tetapi saya gembira kerana saya boleh membuangnya (kes itu)." - Agensi
Salam Wak. Saya nampak macam lembu tu berdiri di atas padang sahaja. Ini teknik foto yang kreatif seperti mengambil gambar orang yang jauh dan diletakkan di atas tangan kita. Lembu tak boleh melompat tinggi.Kalau boleh pun, bumbung rumah akan runtuh. Lagi pula,lembu adalah haiwan yang mementingkan keselesaan dan sangat santai. Haiwan ini tidak mahu menyusahkan dirinya.Wallahualam.
ReplyDeleteHa3x wak pun rasa mcm tu jgk...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau diperhatikan secara halus,kepala lembu telah menghampiri bumbung rumah,dan dua ekor lembu dibawah kelihatan kecil sekali...jelas lembu itu telah memanjat. Rumah diEngland diperbuat menggunakan (struktur tetulang yang kuat]jadi ia tidak mudah roboh.
ReplyDelete