Boleh la berimat 2-3 ringgit, (kalau) terjatuh patah kaki, luka2... maka kos ubatnya lebih tinggi lagi. Seksa badan menanggung lagi...tapi di India, Pakistan depa bergayut penuh keretapi.
DONGWAN - Seorang lelaki di China memaut belakang sebuah bas semata-mata kerana mahu berjimat daripada membayar tambang, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengguna-pengguna jalan raya terkejut apabila melihat aksi Deng Chung, 33, itu selama 30 minit sebelum dia melompat turun setibanya di luar pejabatnya di sini, selatan China, baru-baru ini.
Susulan kejadian tersebut, polis China menyoal beberapa penumpang dan pekerja pejabat bagi mengumpul bukti untuk mendakwa lelaki itu kerana aksinya yang membahayakan keselamatan orang ramai. - Agensi
Salam Wak. Jika kita buat hal macam ni di Malaysia, silap-silap orang hantar balik Tanjung atau kena makan buah Tampoi. Di negara padat penduduk seperti China dan India memang selalu berlaku perkara-perkara macam ni. Negara kita belum lagi kot!
ReplyDeleteKalau kita pakat pakat panjat, bermakna semua orang memanjat dah jadi tradisi,nak saman macammana?
ReplyDeletemybabah,
ReplyDeletetahun 70'an...ada naik atas kepala jip...
zul,
betul tu..mcm kt felda...polis tak saman walaupun warganya naik motor x pakai topi keledar.