WAK PUNYA GENG

Monday, December 14, 2009

BUDAK KUAT MALAYSIA

Kuat betul budak ni...wak nak angkat cangkul pun dah sakit pinggang. Wak ada petua nak jadi kuat, sapa2 yg ada lembu yang baru melahirkan anak, angkatlah anak lembu tu tiap2 hari sampai ia besar/dewasa...insyaallah anda berjaya mengangkat seekor lembu !!


Budak enam tahun tarik kereta Mercedes E240


SANTOSPERUMAL menarik kereta Mercedes E240 dinaiki empat lelaki dewasa dengan berat keseluruhan 1,955 kilogram di Kampung Jawa, Klang semalam.


KLANG - Biarpun baru berusia enam tahun, seorang kanak-kanak lelaki sudah digelar hero apabila mampu menarik sebuah kereta jenis Mercedes Benz E240 yang dinaiki empat lelaki dewasa dengan berat keseluruhan 1,955 kilogram sejauh 120 meter dalam masa dua minit.

Kejayaan T. Santosperumal (gambar kecil) menarik beban yang hampir 56 kali ganda berat badannya dengan hanya satu lilitan tali di pinggang berjaya dicatatkan sebagai rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Sebaik berjaya sampai ke garisan penamat, anak sulung daripada empat adik beradik itu sempat melaungkan 'Satu Malaysia' sambil melompat kegembiraan.

Santosperumal ketika ditemui menyatakan dia berasa gembira kerana berjaya menarik kereta tersebut walaupun tidak menjalani latihan harian.

"Selepas ini, saya mahu tarik kapal terbang," katanya pada sidang akhbar di premis besi buruk milik bapanya, N. Thiagu, 42, di Kampung Jawa di sini semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah turut hadir menyaksikan percubaan kanak-kanak itu.

3 comments:

  1. Salam Wak. Bab yang angkat anak lembu sampai besar, mungkin kelakar tapi kalau praktikkan mungkin boleh jadi. Siapa tahukan? Yang susahnya nak menyediakan anak lembu. Di rumah "dumb bell" adalah! Wak, saya sudah linkkan blog wak di blog saya. Harap2 pembaca sy dapat banyak maklumat daripada blog wak..

    ReplyDelete
  2. kalau tiap2 hari diusahakan...pasti bolih.Zaman dulu orang angkat rumah..tapi ramai2.Gotong royong usung rumah......

    ReplyDelete
  3. mybabah,
    tengkiu...

    zul,
    ya betul...lps usung rumah makan bubur..

    ReplyDelete