WAK PUNYA GENG

Saturday, December 12, 2009

INI BETUL2.....



Kereta Mr. Bean terbakar

(yang terbakar ni kereta 'real' mr bean, bukan kereta dia yang kiut tu...)


MR. BEAN popular dengan imej kereta Mini.


MALAM romantik pelakon komedi Rowan Atkinson atau lebih popular dikenali sebagai Mr. Bean bersama isterinya, Sunetra terganggu apabila enjin kereta mewah aktor itu tiba-tiba terbakar.

Ia berlaku ketika Atkinson, 54, dalam perjalanan pulang daripada majlis makan malam di Mayfair di sini kelmarin sebelum kereta lumba mewah Jaguar 1952 beliau mengeluarkan asap.

Atkinson dipercayai cuba memadam kebakaran itu dengan alat pemadam api di dalam kereta sebelum terpaksa menghubungi pihak bomba apabila gagal mengawal keadaan.

Beliau dan isteri yang tidak mengalami sebarang kecederaan, kemudian dihantar pulang dengan menaiki sebuah trak tunda manakala kereta antik itu dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih. - Agensi

3 comments:

  1. Salam Wak. Walaupun ramai orang meluat dengan lakonan Mr.Bean yang kadang-kadang menjijikkan, tetapi saya suka. Lepas juga "tension". Anak-anak pun minat. Dengan lakonan yang bodoh-bodoh alang, dah kaya mamat ni. Kena kutuk pun jadi kaya. Kita di sini, kena kutuk je, terus miskin papa kedana. Apa-apapun, saya teringin nak naik jaguar lama Mr.Bean. Mesti dahsyat punya...

    ReplyDelete
  2. ialah filem dia merentasi seantero dunia....main 10x kat tv pun budak2 bolih ketawa lagi.....

    ReplyDelete
  3. mybabah,
    mmg dahsyat..kenalan sy guna jaguar 'lama', dari Shah Alam-KL minyak dia RM90 sehala, waktu tu minyak RM1.10 seliter...

    zul,

    mcm kt msia cerita lawak p ramlee, tak puas2 tengok...

    ReplyDelete