WAK PUNYA GENG

Wednesday, December 16, 2009

MONYET MEMANG SUKA AYAM

Perkara ini tidak pelik sangat, kerana sememangnya monyet amat menyukai ayam. Kadang2 sampai mati ayam tu 'di kerjakan' oleh monyet. Cuma yang musykil kenapa ayam jadi sasaran, padahal bukan spesis 'dia' pun. Binatang lain tidak pula 'dikacau' oleh monyet.


Monyet bercinta dengan ayam betina


GAMBAR menunjukkan seekor monyet memeluk ayam betina di Desa Pasirian, Jawa Timur.




LUMAJANG - Seekor monyet di Desa Pasirian di sini 'jatuh cinta' pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam.

Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra.

Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

"Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.

Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat 'percintaan' antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

Semasa monyet dan haiwan itu 'berkasih-kasihan,' penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. - Agensi

3 comments:

  1. Salam Wak. Monyet adalah salah haiwan yang unik. Haiwan ini mempunyai ciri-ciri fizikal dan emosi yang seakan-akan manusia. Subhanallah. Wak sudah baca entri saya tentang "Anak mati di pangkuan ibu"? Sehingga sekarang peristiwa itu masih bermain-main di fikiran saya. Selamat menyambut awal muharam wak. Semoga kita dirahmati Allah selalu.

    ReplyDelete
  2. cinta bukan macam hamba abdi bolih dipaksa-paksa.Cinta macam selera makan kadang-kadang kenyang kadang-kadang lapar.Cinta bergerak seiring antara naluri ,gerak hati dan pandang mata.Di hati monyet ia sesuai berkawan dengan ayam......dimata kita......sesuatu yang lucu..........

    ReplyDelete
  3. Mybabah,
    Betul tu..saya ada baca...sedih juga..saya pun pernah saksikan peristiwa hampir sama kat kawasan Jabor (sempadan Pahang-Terengganu)

    ReplyDelete