WAK PUNYA GENG

Thursday, January 28, 2010

ALLAH SWT PUNYA KUASA

Walaupun tertimbus 15 hari tanpa makanan dan minuman seorang manusia masih selamat....

Gadis tertimbus 15 hari diselamatkan


SEKUMPULAN pasukan penyelamat mengusung Etienne di Port-au-Prince.


PORT-AU-PRINCE - Anggota-anggota penyelamat kelmarin berjaya menarik keluar seorang gadis berusia 16 tahun yang masih hidup dari bawah runtuhan di sini 15 hari selepas gempa bumi kuat menggegarkan Haiti.

Gadis itu, Darlene Etienne lemah dan mengalami dehidrasi teruk tetapi dia sempat membisikkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas penyelamat yang mengeluarkannya.

Setakat ini, gadis itu merupakan mangsa terselamat paling lama terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Ricther melanda Haiti pada 12 Januari lepas.

Orang ramai yang terkejut dengan penemuan itu bersorak gembira apabila pasukan penyelamat Perancis menarik Etienne dari bawah runtuhan sebuah rumah di sini.


ETIENNE dhantar ke sebuah hospital selepas dia ditarik keluar dari celah runtuhan bangunan di Port-au-Prince kelmarin.


"Dia terperangkap di celah-celah runtuhan konkrit dan banyak kehilangan air badan," kata komander pasukan penyelamat itu, Samuel Bernes.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian setelah beberapa jiran mendengar suara sayup-sayup mangsa di celah-celah timbunan runtuhan tersebut.

Michael Orchel iaitu doktor di hospital tempat mangsa dirawat berkata, Etienne gembira dan bertanya beberapa soalan mengenai nasib rakan-rakannya.

"Gadis itu bersyukur kerana dapat meneruskan hidupnya. Dia sudah boleh bercakap dan dia menyatakan dia berasa gembira," ujar Orchel.

Presiden Haiti, Rene Preval berkata, hampir 170,000 mayat telah dikira sejak gempa bumi itu berlaku sekali gus mengatasi anggaran sebelum ini iaitu 150,000 mayat. - Agensi

No comments:

Post a Comment