Saintis cipta robot amah
SEOUL - Sekumpulan saintis Korea Selatan telah mencipta robot yang boleh berjalan, membersihkan rumah, memasukkan pakaian ke dalam mesin pembasuh dan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Menurut media semalam, robot 'amah' yang diberi nama Mahru-Z itu mempunyai kepala, tangan, kaki dan enam jari serta penglihatan tiga dimensi (3-D).
"Keupayaan terbaik Mahru-Z ialah kemampuan penglihatannya untuk memerhati objek, mengetahui tugas yang perlu dilakukan," kata Ketua Kognitif Pusat Robot di Institut Sains dan Teknologi Korea, You Bum-Jae.
"Robot itu boleh mengenali orang ramai, boleh membuka ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, menggunakan pembakar roti, mengambil sandwic, cawan dan mengambil pelbagai benda yang dilihatnya sebagai objek," tambahnya.
Saintis-saintis di institut itu mengambil masa selama dua tahun untuk mencipta Mahru-Z yang setinggi 1.3 meter dan berat 55 kilogram. - AFP
Teknologi itu baik, bila ia di 'gunakan' utk perkara kebaikan. Baru2 ini terdapat juga robot untuk 'seks'(kecangihan teknologi disalah gunakan)
ReplyDeletemrlobi,
ReplyDeleteBetul tu....
Wak rasa nak beli robot ni 'seekor' senang buat kerja rumah...
kecangihan teknologi...membuatkan kita menjadi malas....he..he....
ReplyDeletenice info..
ReplyDeletetechno semakin bagus
Zul,
ReplyDeleteMak kita dulu..basuh kain guna tangan, memasak guna dapur kayu ,pendek kata serba serbi guna tenaga '4 kerat'. Zaman ni..mesin basuh, mesin penegring, dapur gas, periuk letrik..tapi bila peralatan tu rosak kita 'gelabah'...
yahya,
taknologi mmg baik & bagus, cuma segelintir manusia 'menyalahgunakannya'.