WAK PUNYA GENG

Friday, January 8, 2010

MANA YANG UTAMA: KAHWIN ATAU MAJLIS KAHWIN ?

'Bersih' alam sambil dapat duit....

Kutip tin untuk biayai perkahwinan


Parrish (kiri) dan Geyer duduk dekat lebih 18,000 tin aluminium di kediaman mereka di Spokane, Washington.


SPOKANE, Washington - Satu pasangan Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja saling cintai menyintai antara satu sama lain.

Malah, Andrea Parrish dan Peter Geyer turut menyintai alam sekitar apabila kedua-duanya sanggup mengutip tin aluminium untuk dijual bagi membiayai majlis perkahwinan mereka.

Pasangan itu kini menyimpan lebih 18,000 tin aluminium di kediaman mereka di sini.

Jumlah itu hampir lima peratus daripada sasaran mereka iaitu 400,000 tin.

Akhbar Spokesman-Review melaporkan bahawa jumlah tersebut sama dengan kira-kira lima tan aluminium dan bernilai kira-kira AS$3,800 (RM12,834) apabila dikitar semula.

Parrish dan Geyer berharap cita-cita untuk mengumpulkan jumlah tin itu akan tercapai menjelang tarikh perkahwinan mereka pada 31 Julai depan.

Pasangan itu turut menyediakan laman web di Internet, weddingcans.com untuk memberitahu rancangan mereka kepada orang ramai. - AP

4 comments:

  1. CC lebih pikir kawin dr majlis tapi majlis pun ptg sebab tanda meraikan.

    ReplyDelete
  2. majlis kahwin buat sekadar termampu,jika bajet kecil cukup meraikan bersama keluarg terdekat saje.....yang penting lepas kahwin hidup berharmoni......

    ReplyDelete
  3. Salam Wak. Orang kita pula sibuk cari bank atau ah long untuk membiayai perkahwinan.Lepas kahwin pening kepala nak bayar hutang.

    ReplyDelete
  4. cc, zul;
    betul yg penting 'nikahnya' majlis tu ikut kemampuan.

    mybabah,
    ha3x betul3x...

    ReplyDelete