WAK PUNYA GENG

Wednesday, January 20, 2010

PERUBAHAN 'EKOLOGI' PERKAHWINAN

Dalam masyarakat kita pun telah ada, yang mana isteri mempunyai pendapatan yang lebih besar daripada suami; malah ada juga suami yang menjaga anak di rumah. Tidak ada salahnya keadaan ini, cuma dalam Islam suami yang bertanggungjawab terhadap perbelanjaan keluarga, manakala isteri lebih kepada pengurusan rumahtangga.

Lelaki dapat banyak kelebihan selepas kahwin


GAMBAR fail menunjukkan satu perkahwinan beramai-ramai diadakan di Amristar, India pada 25 Disember 2009. - Gambar hiasan.


NEW YORK - Sebelum ini perkahwinan dianggap sebagai laluan untuk jaminan keselamatan kewangan untuk golongan wanita.

Namun, satu kajian terbaru menunjukkan lelaki yang sebenarnya mendapat banyak kelebihan ekonomi setelah mereka berkahwin dengan wanita.

Penemuan itu didedahkan di sini semalam menerusi laporan Pusat Penyelidikan Pew yang menunjukkan semakin ramai isteri yang bekerja sejak lebih 40 tahun lalu dengan mendapat pendapatan lebih tinggi berbanding suami mereka.

Sebahagian besar lelaki pada hari ini mempunyai isteri yang memiliki status akademik dan pendapatan yang lebih besar daripada mereka.

Kajian itu mendapati ramai wanita berkahwin dengan lelaki yang tidak berpendidikan dan pendapatan yang tinggi.

Laporan itu memberi tumpuan kepada lelaki dan wanita di Amerika Syarikat (AS) yang berusia 30 hingga 44 tahun.

Kajian itu mendapati rakyat AS dalam kumpulan umur tersebut pada tahun 2007 buat julung-julung kalinya menjadi kelompok pertama dalam sejarah negara itu yang menunjukkan wanita lebih ramai memiliki ijazah berbanding lelaki.

Pada tahun 1970, 28 peratus wanita pada peringkat umur 30 hingga 44 tahun mempunyai suami yang memiliki pendidikan lebih tinggi daripada mereka.

Namun, pada 2007, cuma 19 peratus wanita memiliki suami yang berpendidikan tinggi. - AP

1 comment:

  1. Betul....lelaki dan perempuan bersaing dalam akedemik, mengejar menara gading seterus menikmati kehidupan yang lebih baik.Perempuan berpendapatan besar dari lelaki perkara biasa. yang penting memahami tanggungjawab menghormati sisuami sbgai ketua keluarga.Sisuami bersedia melindungi isteri dan anak2.Dunia penuh pancaroba,berpakatlah menjalani kehidupan......

    ReplyDelete