WAK PUNYA GENG

Sunday, January 10, 2010

LAGI BARANG BERHARGA

Kalau kita ada menyimpan 'barang' yang ada nilai komersial, wariskanlah kepada anak cucu. Nanti mereka boleh jadi kaya raya apabila barang itu jadi 'antik'. Kadang2 banyak barang2 'antik' atuk nenek kita, diangkut oleh orang begitu saja atas sebab kejahilan kita menilai 'keantikan' sesuatu barang itu.

Duit syiling dijual lebih RM12 juta


GAMBAR menunjukkan duit syiling bertarikh 1913 yang dijual lebih RM12 juta pada satu lelongan di Orlando, Florida.


SEKEPING syiling Amerika Syarikat (AS) yang bertarikh 1913 yang pernah dimiliki oleh bekas pemerintah Mesir, Raja Farouk dan digunakan dalam drama detektif terkenal Hawaii Five-O pada 1973 dijual pada harga lebih AS$3 juta (RM12 juta) dalam satu lelongan di Orlando, Florida.

Duit itu dijual kepada seorang pengumpul syiling dari Orlando kelmarin pada harga AS$3,737,500 (RM12,627.161).

"Ia kemungkinan duit syiling AS yang paling terkenal," kata Presiden Warisan Lelongan, Greg Rohan.

Duit syiling itu telah bertukar tangan beberapa kali.

Ia dibuat di sebuah kilang duit syiling di Philadelphia dan mempunyai imej Miss Liberty. - Reuters

1 comment:

  1. duit2 lama ni pernah kita jumpa tapi kerana kejahilan tentang nilai kita membiarkan,kadang tu kita bagi budak2 buat main pondok2.Bila dah tahu nilai dipasaran sampai berjuta barulah kita menyesal......

    ReplyDelete