WAK PUNYA GENG

Friday, January 1, 2010

Apartmen satu bilik RM10.27 juta



BEBERAPA pekerja semalam melakukan persiapan terakhir sebelum bangunan Burj Dubai dibuka secara rasmi pada Isnin ini di Emiriyah Arab Bersatu.


DUBAI - Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai akan dibuka secara rasmi pada Isnin ini tetapi seorang pembeli apartmen di bangunan itu berharap dia tidak akan mengalami kerugian berikutan harga hartanah yang menjunam.

Seorang ahli perniagaan Palestin yang namanya tidak didedahkan berkata, dia membeli sebuah apartmen satu bilik tidur di bangunan tersebut pada harga AS$3 juta (RM10.27 juta) pada 2008.


GAMBAR terbaru menunjukkan bangunan Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu.


"Ekoran penurunan harga (hartanah), kerugian saya akan meningkat," katanya.

Harga hartanah di Dubai telah jatuh lebih 50 peratus sejak tahun lalu berikutan kemelesetan ekonomi. Syarikat Emaar, pemilik bangunan itu enggan mendedahkan ketinggian sebenarnya.

Ia cuma menyatakan ketinggianya melebihi 800 meter sekali gus mengatasi bangunan Taipei 101 yang setinggi 508 meter.

Bangunan itu dibina oleh syarikat Samsung Engineering & Construction, Kumpulan BESIX dari Belgium dan Arabtec dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Bangunan 160 tingkat itu boleh dilihat dari kedudukan sejauh 95 kilometer.

Ia mengandungi 57 buah lif untuk digunakan bagi membawa penghuni ke 1,044 apartmen selain terdapat ruang pejabat dan sebuah hotel. - AFP

4 comments:

  1. salam wak,
    10 juta...kt malaysia boleh bina 'istana'...

    ReplyDelete
  2. bagi sikaya 10 juta macam singgit je.....

    ReplyDelete
  3. akula, zul,
    Orang kaya memang mcm tu, bagi depa duit x tau nk buat apa...

    ReplyDelete
  4. Kaya ni ujian besar dari Allah sebenarnya dan ramai yg tersungkur di pintu syurga.

    ReplyDelete