WAK PUNYA GENG

Sunday, January 10, 2010

Memang tak patut, wak dah tengok dilaman web 'contoh' bagaimana mesin ni 'menelanjangkan' orang yang discannya. Nampak semua, pendek kata 'kenyang' la penjaga mesin tu. Bagaimana pula nanti jika gambar2 tu disalahgunakan ?

Pakai pakaian dalam di lapangan terbang


BEBERAPA orang memakai pakaian dalam di Lapangan Terbang Tegal di Berlin semalam.


BERLIN - Dengan cuma memakai pakaian dalam, sekumpulan aktivis mengadakan demonstrasi aman di Lapangan Terbang Tegal di sini semalam bagi membantah penggunaan mesin pengimbas badan yang akan ditempatkan di semua lapangan terbang di Jerman tidak lama lagi.

Langkah menempatkan mesin pengimbas itu dibuat ekoran terdapat percubaan untuk meletupkan sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) di Detroit pada 25 Disember lalu oleh seorang warga Nigeria.

Mesin pengimbas itu mencetuskan kontroversi kerana ia mampu mendedahkan rupa bentuk tubuh seseorang penumpang bagi mengesan objek tersembunyi.

Beberapa pegawai pentadbiran Jerman menyatakan, mesin pengimbas itu akan diuji di semua lapangan terbang negara tersebut seawal pertengahan tahun ini.

"Kami sedang menguji teknologi baru itu secara menyeluruh dan bukan terburu-buru," kata Setiausaha Dalam Negeri, Klaus-Dieter Fritsche semalam.

Menurutnya, alat tersebut kini sedang diuji di beberapa buah makmal berdasarkan beberapa kriteria utama sebelum ia digunakan.

Antara kriteria itu ialah penggunaan mesin itu akan meningkatkan tahap keselamatan sedia ada selain selamat digunakan ke atas manusia. - Agensi

2 comments:

  1. untuk keselamatan memang patut tapi menyalahgunakan untuk tujuan kepentingan peribadi tak patut....

    ReplyDelete
  2. Zul,
    wak tak setuju, takan tak ada cara lain dah...lg pun matlamat tidak menghalalkan cara. Tambah pula bukan dalam keadaan 'darurat'

    ReplyDelete